EN |
      

Muhammad Jailani Khamis: Chinese tourist visit to Malacca has increase 29%

Previous 71 / 256 Next

Muhammad Jailani Khamis: Chinese tourist visit to Malacca has increase 29% TravelNews


ALOR GAJAH: Kerajaan ne-geri Melaka menyelar kenya-taan ‘Melaka Tourism Business Club’ (MTBC) yang mendakwa industri pelancongan negeri ini mengalami kemerosotan kedatangan pelancong khususnya dari China.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata kenyataan itu dibuat tanpa fakta dan asas kukuh, termasuk tiada statistik disertakan bagi menyokong dakwaan berkenaan, selain dilihat mempunyai niat tersembunyi untuk menjatuhkan reputasi kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Harapan.
 

“Pertama sekali saya menggesa Presiden MTBC Chew Chert Fong, untuk mengemukakan fakta dan statistik menyokong dakwaan beliau bahawa industri pelancongan negeri Melaka merosot.
“Sebagai exco, saya sendiri tidak tahu wujudnya kelab ini, sedangkan kita di peringkat kerajaan negeri sering bekerja-sama dengan semua pemain dalam industri pelancongan, termasuk pihak swasta untuk memajukan sektor tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan MTBC mendakwa jumlah kedatangan pelancong ke Melaka terutama dari China merosot antara 20 hingga 30 peratus pada tahun lepas berbanding 2017.
Dalam laporan akhbar itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Abu Hassan Ismail juga mendakwa, kadar penginapan bilik hotel di negeri itu juga menurun.
Mengulas lanjut, Muhamad Jailani berkata berdasarkan rekod, kedatangan pelancong ke negeri itu pada tahun lepas dalam tempoh Jan hingga Okt meningkat sebanyak 38 peratus dengan jumlah lebih 14.7 juta pelancong domestik dan luar negara, berbanding dalam tempoh sama pada 2017.
Beliau berkata kerajaan negeri sering melakukan promosi di dalam dan luar negara dan usaha tersebut dilakukan bersama pihak swasta secara integrasi, yang terdiri daripada pengendali industri perhotelan dan agensi pelancongan di negeri ini.
Selain itu katanya, pelbagai pakej menarik diwujudkan dengan kerjasama industri perhotelan dan pengusaha pelancongan, dalam usaha mempelbagaikan produk pelancongan di Melaka.
“Kerajaan negeri dan pemain industri pelancongan telah bekerja keras dan melakukan pelbagai usaha untuk menarik kedatangan pelancong ke negeri ini, termasuk antara satunya promosi di luar negara seperti di London, Taiwan, China, Turki, Medan, Jakarta dan Pekan Baru.
“Setakat ini usaha tersebut tidak disertai MTBC, sedangkan kerajaan negeri sentiasa menjemput mana-mana pihak untuk menyertai promosi yang dilakukan,” katanya.

(Source: Bernama, 28 Jan 2019)


Please leave your enquiry here, we will reply as soon as possible.
Name*  
Company Name  
Product Interested  
Quantity  
Email*  
Contact No.*  
Messages*  
   

Switch to Mobile Version
available in